Friday, March 16

Bab 1 :Semua Baru

Oh ! Si Kembar

Elisya dan Balqis adalah kembar yang baru sahaja berpindah ke rumah baru mereka . Rumah itu lebih besar dan luas kawasannya, kerana bapa mereka telah dinaikkan pangkat . Mereka terus berpindah . Mereka sekeluarga mula mengemas rumah dan mengangkat barang barang yang dibawanya dari rumah lama ke rumah baru mereka. Semua sibuk mengemas barang masing masing .. sedang sibuk si ibu yang sedang menyapu sampah tiba tiba muncul suara kecil di sebelah wanita itu . "Ibu , kenapa kita pindah ? Eli rindu kawan kawan lama Eli" kata Elisya yang sedang bermuram. Kedengaran pula suara kecil di belakang Elisya ."Yelah , ibu . Qis rindu sangat dekat jiran-jiran lama kite yang selalu main dengan Qis"sampuk Balqis yang juga bermuram muka.
Lalu , si ibu tidak mampu bersuara setelah mendengar kedua anak perempuannya itu . "Eli,Qis .. jangan lah macam ni. Ibu pun sedih juga sebab tinggal kan jiran jiran kita .. rumah lama kita . Kita pindah bukan saja saja  . Ayah kan ditukarkan tempat kerjanya kerana telah dinaikkan pangkat . "Eli dengan Qis jangan lah risau.Nanti , Eli dengan Qis mesti dapat ramai kawan disini ."kata ibu .

                                               *********************************

Kini , Elisya dan Balqis sudah mula bersekolah . Mereka dihantar oleh bapa mereka iaitu , Pakcik Rahim . sekolah mereka tidak jauh dari rumah . mereka boleh berjalan kaki . Tetapi , Puan Roslina iaitu ibu mereka tidak mengizinkan kerana takut terjadi apa apa kepada mereka berdua . Pada tahun ini . Elisya dan Qis berumur 12 tahun , mereka akan menghadapi ujian UPSR .(ujian penilaian sekolah rendah). Mereka akan sibuk belajar . Mereka berdua adalah murid yang selalu cemerlang dalam ujian . Eli dan Qis telah pun sampai kesekolah . Pak ckik Rahim menyuruh mereka pergi makan dikantin dulu kerana Puan Roslina terlewat bangun kerana keletihan mengemas rumah semalam . Jadi , takut terlambat .. Pak cik Rahim membuat keputusan untuk makan di sekolah sahaja . Sementara , Pakcik Rahim pergi mendaftarkan nama untuk kedua anak perempuannya . Elisya dan Balqis pergi ke kantin untuk mengambil sarapan pagi . mereka membeli sepinggan mee hun dan secawan milo suam . . sedang sibuk berbual bual sambil mee hun dan milo di tangan . Balqis terlanggar seorang gadis perempuan yang nampak seperti orang kaya dan orang yang popular . Baju gadis itu telah pun kotor dengan mee Hun dan milo . Muka gadis itu telah merah kerana terlalu marah akan Balqis kerana telah mengotorkan bajunya .

Sambung di BAB yang ke 2 . Tunggu ya =)

No comments: